>
>
>
Safety Policy

Safety Policy

Far East Holdings Berhad ("FEHB" atau "Syarikat") memandang tinggi keperluan untuk menjaga keselamatan dan keamanan di dalam kawasan premis Syarikat. Komitmen kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk menjamin aktiviti perniagaan perladangan dijalankan tanpa bertolak ansur dalam aspek keselamatan.


Sehubungan dengan itu FEHB adalah komited untuk mematuhi prinsip yang digariskan sepertimana berikut:

  • Setiap anggota FEHB adalah bertanggungjawab menyimpan, menjaga dan memantau setiap aset di bawah seliaan dan tanggungjawab mereka dengan baik.
  • Semua anggota FEHB bertanggungjawab menyimpan dan menjaga maklumat atau rahsia Syarikat yang mana boleh mendatangkan kemudaratan atau kerugian kepada Syarikat.
  • Melindungi semua harta-benda milik Syarikat, anggota, pekerja serta pihak berkepentingan dengan Syarikat dilindungi dengan sewajarnya.
  • Setiap anggota yang mempunyai maklumat mengenai sebarang ancaman atau aktiviti yang mengancam keselamatan mana-mana pihak perlu melapurkan kepada pihak pengurusan ladang atau Unit Keselamatan FEHB.
  • Pihak Syarikat akan menyiasat sebarang kerugian, kecederaan serta kehilangan nyawa disebabkan kecuaian keselamatan yang melibatkan kakitangan atau hartabenda Syarikat.
  • Pihak Syarikat akan melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berwajib dalam apa juga keadaan mengenai pelanggaran undang-undang yang melibatkan kakitangan, pekerja dan harta benda Syarikat.
  • Pematuhan arahan dalam Manual Keselamatan adalah tertakluk kepada semua anggota FEHB dan semua pihak yang berkepentingan dengan FEHB serta pelawat yang memasuki ladang atau premis FEHB.

Far East Holdings Berhad ("FEHB" or "Company") highlights the need to ensure the security of Company's premises. Our commitment as a responsible citizen is to ensure that plantation business activities are carried out without compromise on security.


In connection with that, FEHB is committed to complying with the principles outlined below:

  • All FEHB members are responsible for storing, maintaining and monitoring every underlying assets and responsibilities properly.
  • All FEHB members are responsible for storing and safeguarding the Company's information or confidentiality which may harm the Company.
  • All of the property belonging to the Company, members, employees and stakeholders with the company is protected properly.
  • Any member who has information about any threat or suspicious activities that threatens the security of any party shall report immediately to the plantation management or FEHB Security Unit.
  • The Company will investigate any loss, injury or loss of life due to security negligence involving employees or property of the Company.
  • The Company will report to the local authorities or any of the responsible parties in any circumstances in violation of the law involving employees and property of the Company.
  • Compliance with the Security Manual is subject to all of the members of FEHB and all of the stakeholders of FEHB as well as visitors who enter FEHB's estates or premises.