>
>
>
Policy of Equality & Gender

Policy of Equality & Gender

Far East Holdings Berhad ("FEHB" atau "Syarikat") akan memberi perhatian sepenuhnya untuk melindungi hak-hak pekerja, pematuhan terhadap undang-undang dan perjanjian berlandaskan polisi-polisinya dengan menggunapakai komponen-komponen polisi utama di dalam operasi dan pengurusan Syarikat bagi proses pengeluaran minyak sawit mampan, selaras dengan prinsip dan kriteria yang ditetapkan oleh ISCC (International Sustainability & Carbon Certification), MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil) dan ILO (International Labour Organisation).


Syarikat akan mematuhi peruntukan undang-undang semasa dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Selaras dengan polisi ini, FEHB akan:

  • Berusaha mencegah sebarang gangguan seksual dan lain-lain bentuk keganasan terhadap kaum wanita, pekerja dan komuniti.
  • Mewujudkan prosedur dan mekanisma spesifik yang diterima oleh semua pihak dalam menangani aduan dan rungutan tentang isu-isu berkaitan jantina.
  • Menyediakan latihan dan pembangunan yang mencukupi bagi meningkatkan kesedaran, kemahiran dan kefahaman pekerja tentang polisi ini.
  • Menyedia dan mewujudkan peluang untuk membangunkan kepimpinan pekerja wanita di semua peringkat.
  • Memastikan penyertaan berkesan kaum wanita di dalam proses membuat keputusan dengan menggalakkan mereka menyertai jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Kemampanan (Sustainability Committee) bagi memantau perlaksanaan polisi ini.
  • Polisi ini diterangkan dan difahami oleh semua pekerja termasuk pekerja kontraktor luar dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Far East Holdings Berhad ("FEHB" or "Company") will pay full attention to protecting employees' rights, compliance with laws and agreements based on policies by applying key policy in the Company's operations and management for the sustainable palm oil production process, in line with the principles and criteria set by ISCC (International Sustainability & Carbon Certification), MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil) and ILO (International Labor Organization).


The Company will comply with the provisions of current law and other relevant requirements. In accordance with this policy, FEHB will:

  • Strive to prevent any sexual harassment and other forms of violence against women, workers and the community.
  • Creating specific procedures and mechanisms accepted by all parties in dealing with complaints and grievances on gender-related issues.
  • Provide adequate training and development to increase the awareness, skills and understanding of employees on this policy.
  • Provide and create an opportunity to develop women's leadership at all levels.
  • Ensure effective participation of women in the decision-making process by encouraging them to participate in existing committees such as the Occupational Safety and Health Committee.
  • Establish a Sustainability Committee to monitor the implementation of this policy.
  • This policy is explained and understood by all employees including outside contractor employees and other stakeholders.