>
>
>
Safety & Health Policy

Safety & Health Policy

Far East Holdings Berhad ("FEHB" atau "Syarikat") bertekad untuk mematuhi secara menyeluruh Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, 1994, selaras dengan prinsip dan kriteria yang ditetapkan oleh ISCC (International Sustainability & Carbon Certification), MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil), ILO (International Labour Organisation) dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai entiti yang penting di dalam aktiviti keselamatan kami.


Selaras dengan polisi ini, FEHB akan:

  • Mematuhi peruntukan perundangan semasa dan lain-lain keperluan yang berkaitan, peraturan-peraturan, kod-kod amalan yang disahkan, piawaian dan garis panduan nasional berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Mewujudkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di semua unit operasi.
  • Merumus, mewujud, menyampai, melaksana dan mengekalkan sistem kerja selamat di tempat kerja.
  • Memberikan pendidikan, latihan dan pengalaman yang mencukupi kepada semua pekerja bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan ceka dan berkesan.
  • Memastikan penambahbaikan yang berterusan dan peningkatan prestasi di dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Pihak FEHB dengan ini komited dalam melaksanakan kewajipannya secara munasabah bagi mengelakkan kemalangan dalam pekerjaan dan menggalakkan persekitaran kerja yang harmoni, selamat dan sihat untuk semua kakitangannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan, pekerja kontrak dan pelawat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mereka semasa berada di dalam premis Syarikat.


Far East Holdings Berhad ("FEHB" or "Company") is committed to comply with the Occupational Health Safety Act 1994, in accordance with the principles and criteria set by ISCC (International Sustainability & Carbon Certification), MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil), ILO (International Labor Organization) and the Department of Occupational Safety & Security (DOSH) as an important entity in our security activities.


In accordance with this policy, FEHB will:

  • Comply with current legal law and other relevant requirements, regulations, certified codes of practices, national standards and guidelines on Occupational Safety and Health.
  • Establish Occupational Safety and Health Management System in all operating units.
  • Formulating, creating, delivering, implementing and maintaining a safe work system in workplace.
  • Providing adequate education, training and experience to all employees to enable them to perform their duties efficiently and effectively.
  • Ensuring continuous improvement and performance improvement in Occupational Safety and Health Management.

FEHB is hereby committed to performing duties courteously to avoid accidents in employment and to promote a harmonious, safe and healthy work environment for all employees. It is the responsibility of every employee, contract employee and visitor to ensure their safety and occupational health while being in the Company's premises.